Jumat, 19 Mei 2017

MAD LAZIM HARFI

MAD LAZIM HARFI

M ad Lazim Harfi : mad yang berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam satu huruf.

Musaqqal bererti berat; iaitu terdapat hukum idgham.
Mukhaffaf bererti ringan; iaitu tiada hukum idgham.
Kadar bacaannya: 6 harakat.

Huruf-huruf ringkas (Huruf Muqataat) yang terdapat di awal 29 surah hendaklah dibaca mengikut ejaaannya dan dipelihara segala hukum tajwid yang terdapat di dalamnya.

َلِفْ لَامْ مِيمْ صَادْ =
1. Alif dibaca pendek tanpa sebarang mad
2. Lam adalah huruf Mad Lazim Harfi Musaqqal, dibaca 6 harakat dengan idgham dan dengung 2 harakat kerana hukum idgham mislain (huruf mim sukun bertemu huruf mim)
3. Mim adalah huruf Mad Lazim Harfi Mukhaffaf, dibaca 6 harakat tanpa idgham kerana hukum izhar syafawi (huruf mim sukun bertemu huruf shad)
4. Shad adalah huruf Mad Lazim Harfi Mukhaffaf, dibaca 6 harakat tanpa idgham dan diakhiri dengan Qaqalah Kubra kerana sifat huruf dal yang sukun.

كَافْ هَا يَا عَينْ صَادْ =
1. Kaf adalah huruf Mad Lazim Harfi Mukhaffaf, dibaca 6 harakat tanpa idgham
2. Ha’ adalah huruf mad asli, dibaca 2 harakat
3. Ya’ adalah huruf mad asli, dibaca 2 harakat
4. Ain adalah huruf Mad Lazim Harfi Mukhaffaf, dibaca 6 harakat tanpa idgham tetapi dengan ikhfa’ hakiki (dengung 2 harakat) kerana huruf nun sukun bertemu huruf shad
5. Shad adalah huruf Mad Lazim Harfi Mukhaffaf, dibaca 6 harakat tanpa idgham dan diakhiri dengan Qaqalah Kubra kerana sifat huruf dal yang sukun.
Nota: Disisi toriq Syatibiyyah, huruf ‘ain harus dibaca 4 atau 6 harakat kerana ianya adalah huruf lin pada lafaz.

اَلِفْ لَامْ مِيمْ رَا =
1. Alif dibaca pendek tanpa sebarang mad
2. Lam adalah huruf Mad Lazim Harfi Musaqqal, dibaca 6 harakat dengan idgham dan dengung 2 harakat kerana hukum idgham mislain (huruf mim sukun bertemu huruf mim)
3. Mim adalah huruf Mad Lazim Harfi Mukhaffaf, dibaca 6 harakat tanpa idgham kerana hukum izhar syafawi (huruf mim sukun bertemu huruf ro)
4. Ro adalah huruf mad asli, dibaca 2 harakat.

0 komentar:

Posting Komentar

 

PERINTAH AGAMA ISLAM Template by Ipietoon Cute Blog Design