Berkhalwat
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu, khalwat bermaksud perbuatan mengasingkan dan memencilkan diri, duduk seorang diri dan berdua-duaan di dalam keadaan sumbang di tempat yang terpencil di antara lelaki dan perempuan yang tidak berkahwin (Zainal Abidin Safarwan t.th). Dengan itu dapat difahami bahawa dalam istilah Melayu berkhalwat merangkumi makna pasangan lelaki dan wanita (yang akil baligh yang harus berkahwin) yang menyendiri di tempat yang terpencil. Pemahaman terhadap makna yang terakhir lebih difahami apa lagi sekiranya ia melibatkan pasangan lelaki perempuan yang bukan muhrim, menjadikannya satu amalan yang ditegah oleh Islam. Ia merupakan salah satu faktor yang menghala ke arah berlakunya perzinaan yang diistilahkan sebagai “wasitah” (perlakuan yang menyebabkan berlakunya sesuatu) menurut usul fikah.[3]
0 komentar:
Posting Komentar