Muslimah Sejati Bukan Dilihat Dari…
Muslimah sejati tidak dilihat dari jilbabnya yang anggun, tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap.
Muslimah sejati
 tidak dilihat dari tangannya yang selalu membawa Al – Qur’an, tetapi 
dilihat dari hafalan dan pemahamannya akan kandungan Al – Qur’an 
tersebut.
Muslimah sejati tidak dilihat dari tundukan matanya ketika interaksi, tetapi bagaimana dia mampu membentengi hati.
Muslimah sejati tidak dilihat dari komitmennya dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja.
Muslimah sejati tidak dilihat dari solatnya yang lama, tetapi dilihat dari kedekatannya pada Robb di luar aktiviti solatnya.
Muslimah sejati tidak dilihat kasih sayangnya pada orang tua dan teman – teman, tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cinta pada Ar-Rahman Ar-Rahiim.
Muslimah sejati
 tidak dilihat dari rutin dhuha dan tahajjudnya, tetapi sebanyak apa 
titisan air mata penyesalan yang jatuh ketika sujud Seorang 
muslimah sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi 
dilihat dari kecantikan hati yang ada di sebaliknya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya. Muslimah sejati
 bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang dia berikan tetapi 
dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.
Akhwat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari kefasihan berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya dia berbicara.
Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya. Muslimah sejati
 bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di jalan tetapi dilihat 
dari Kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda Muslimah sejati
 bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia 
jalani tetapi dilihat dari sejauhmana dia menghadapi ujian itu dengan 
penuh rasa syukur.

 
 
0 komentar:
Posting Komentar